Oleh: Abdullah Zaid
Malaysia disenaraikan sebagai negara paling disayangi dalam kalangan 20 negara Asia yang lain.
Penyenaraian itu adalah berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh sebuah portal antarabangsa, Insider Monkey.
Malaysia berjaya berada di kedudukan teratas mengenepikan negara-negara Asia lain antaranya Taiwan pada tangga ke-2, Singapura tangga ke-3, Jepun tangga ke-4, manakala Thailand tangga ke-11 dan Indonesia tangga ke-12.
Menurut portal berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) itu penyenaraian tersebut berdasarkan lima artikel yang diterbitkan oleh portal tahun lepas meliputi 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia, 20 Negara Paling Banyak Dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di Asia serta Negara Paling Demokratik di Asia.
Berdasarkan rekod itu Malaysia mendapat markah keseluruhan 0.701, meninggalkan skor negara-negara jiran antaranya Singapura 0.593, Thailand 0.341 dan Indonesia 0.328
"Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam kajian.
"Malaysia adalah negara keenam paling demokratik di Asia. Selain itu, Malaysia juga negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia, menerima lebih 10 juta pelancong pada 2022.
"Orang ramai menuju ke Malaysia bukan sahaja dapat merasai keajaiban pantai dan kepesatan kota raya bahkan juga keunikan budaya dan tradisi tempatan yang diisi oleh warga tempatan yang peramah dan mesra.
"Pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang mewah, tetapi juga meneroka budaya dan tradisi tempatan , yang diperkaya oleh penduduk tempatan yang peramah dan mesra," kata portal berkenaan.
Tibe tibe lak ada israel tu nape,salah cerita🤣