top of page

Malaysia disanjung tinggi kerana infrastruktur lengkap, pekerja berbakat




Oleh: Noraini Nordin


(Yang turut bersama dalam Lawatan Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)


Cerita lawatan penulis ke China masih belum berakhir mestipun kami telah kembali ke tanah air pada 24 Mei 2024 (sekitar pukul 2 pagi).


Masih banyak yang perlu dikongsikan hasil daripada lawatan rasmi delegasi KEADILAN yang diketuai oleh Naib Presiden Nurul Izzah Anwar ke negara tersebut.


Perkongsian yang bukan sahaja berkaitan dengan pendidikan, politik tetapi juga ekonomi serta budaya.


Malaysia semakin jadi tumpuan


Paling menarik serta amat membanggakan apabila Malaysia semakin menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi China untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka.


Tarikan terhadap Malaysia ini secara langsung memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak - Malaysia dan China .


Pastinya ekonomi negara semakin teguh, peluang pekerjaan bertambah luas, khasnya kalangan penduduk tempatan termasuk golongan muda.

CEO Huawei, Simon Sun

Dalam kunjungan ke syarikat-syarikat gergasi di China - delegasi KEADILAN secara khusus diberitahu bahawa Malaysia menjadi tumpuan kerana infrastrukturnya yang lengkap serta memiliki tenaga kerja yang berbakat.


Dengan dua pra syarat yang tersedia itu, ia secara langsung memudahkan lagi syarikat-syarikat China untuk melabur atau menambah pelaburan mereka.


Contohnya semasa mengunjungi Huawei di Shenzen, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huawei Malaysia, Simon Sun sendiri mengakui sebab utama syarikat teknologi gergasi itu mampu bertapak lama di negara ini adalah kerana bakat anak-anak muda yang dimiliki Malaysia.


Beliau juga berterus terang memuji bakat anak-anak muda negara ini dalam industri teknologi.


Potensi bakat muda


Beliau turut berbangga kerana 70% daripada pekerja Huawei di Malaysia adalah rakyat tempatan.


Menyedari bakat-bakat yang berpotensi itu, Simon berkata, pihaknya mempunyai komitmen untuk menyediakan program latihan bagi meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia.


Delegasi Malaysia melawat pejabat syarikat pengeluar telefon pintar nombor satu di China, Huawei

Huawei Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 3,000 pekerja.


Inisiatif Huawei termasuk pemetaan langsung, penjagaan kesihatan berasaskan kecedasan buatan (AI) dan sistem pengangkutan canggih.


Usaha tersebut bertujuan memperbaiki persekitaran bandar dan kecekapan industri, serta menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pendidikan serta latihan yang lebih baik.


Tujuan delegasi KEADILAN mengunjungi syarikat Huawei adalah bagi mendalami teknologi merentas industri dan sektor awam dengan kemahiran serta pengetahuan penting mengenai transformasi digital.


Selain banyak yang dipelajari dalam lawatan tersebut, ia turut menerbitkan rasa bangga kerana negara ini menerima banyak pujian dalam konteks merangsang pelaburan asing.


Pastinya keyakinan pelabur-pelabur China tersebut semakin meningkat kerana Kerajaan Madani yang diterajui oleh PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat mengutamakan ketelusan serta anti rasuah.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page