top of page

Malaysia dibenarkan eksport buah durian segar ke China



Malaysia boleh mengeksport buah durian segar ke China susulan termeterainya protokol keperluan penghantaran produk itu ke republik tersebut hari ini.


Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China telah ditandatangani oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pentadbiran Am Kastam China Yu Jianhu di Putrajaya.


Pertukaran dokumen protokol tersebut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier China, Li Qiang pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di Putra Perdana.


"Melalui pemeteraian ini, pasaran eksport baharu buah durian segar dari Malaysia ke negara China telah dibuka.


"Sebelum ini, Malaysia telah diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada tahun 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada tahun 2018," kata Mohamad dalam kenyataan hari ini.


Mohamad berkata tambahan akses durian segar itu akan mengembangkan industri tanaman durian tempatan dan meningkatkan nilai eksport agromakanan ke luar negara.


Beliau menjelaskan bagi tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2022, jumlah nilai eksport durian ke luar negara telah berkembang sebanyak 256.3% atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta.


Pada 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai sebanyak RM1.14 bilion. Secara keseluruhan, durian merupakan penyumbang utama (58.6%) kepada nilai eksport buah-buahan negara pada tahun 2022 daripada keseluruhan nilai eksport buah-buahan yang bernilai RM2.01 bilion, katanya.


Jelasnya China merupakan pasaran eksport utama buah durian dari Malaysia dengan nilai eksport sebanyak RM887 juta pada tahun 2022. Nilai eksport durian diunjur akan terus meningkat kepada RM1.8 bilion pada tahun 2030.


"Kementerian yakin pelaksanaan protokol ini akan menggalakkan perkembangan industri tanaman buah durian tempatan dan membuka peluang kepada lebih 63,000 pengusaha durian di seluruh negara.


"Melalui protokol ini juga, pengusaha durian yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Am Kastam China (GACC) berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat dalam protokol tersebut dibenarkan untuk mengeksport buah durian segar ke China.


Pemain industri yang berminat untuk berdaftar sebagai pengeksport buah durian segar ke China boleh menghubungi Jabatan Pertanian (DOA) dengan mengemukakan emel kepada pro@doa.gov.my dan myskim@doa.gov.my.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page