top of page

Malaysia dahului pencapaian indeks SDG dunia



Malaysia mencapai kedudukan yang baik dalam petunjuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang melepasi tahap piawaian dunia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan analisis 248 petunjuk SDG, pencapaian Malaysia berada pada kedudukan sekitar 43% berbanding pencapaian dunia yang berada pada tahap purata 17%.


"Kita bersyukur, Alhamdulillah daripada 248 petunjuk SDG, pencapaian Malaysia berada dalam kedudukan yang baik 43% berbanding pencapaian dunia purata 17 peratus," katanya dipetik pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.


Turut hadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.


Anwar sementara itu menegaskan, pencapaian itu menunjukkan agenda Madani yang digagaskan Kerajaan Perpaduan memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Bagaimanapun, katanya, negara perlu terus meningkatkan lagi usaha bagi mencapai prestasi lebih baik lagi.


"Itu hanya memberi sedikit petanda tetapi apakah tahap pencapaian cita-cita ekonomi Madani dan SDG ini sesuatu yang perlu bagi negara dan manusia?


"Sekiranya jawapannya itu perlu, maka kita harus bergegas dengan upaya lebih untuk mencapai suatu prestasi yang lebih baik.


"Itu bagi saya, tanda aras kita, walaupun kita bangga kerana pencapaian 43 peratus ketimbang 17 peratus yang dicapai secara purata itu sudah satu tahap yang sangat menggalakkan," tambahnya.

Sidang Kemuncak SDG 2024 akan menjadi platform bagi pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor untuk berkumpul, berkongsi pandangan dan mengambil langkah substantif ke arah merealisasikan SDG.


Berlangsung selama dua hari bermula 17 hingga 18 September ini dianjurkan Kementerian Ekonomi bersama bersama Pusat SDG Nasional (PSN) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) sebagai rakan strategik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page