top of page

Malaysia-China tubuh pasukan khas banteras judi atas talian



Oleh: Abdullah Zaid


Malaysia dan China bersetuju membangunkan strategi kerjasama khusus bagi menangani isu perjudian secara haram dalam talian.


Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan perkara itu telah disepakati dalam mesyuarat bilateral di antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong semalam.


"Kedua-dua negara bekerjasama merangka undang-undang meningkatkan keupayaan penguatkuasaan serta memperbaiki kerjasama merentas sempadan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, hasil pertemuan dua mata itu turut menyaksikan kesepatan untuk melaksanakan strategi kerjasama dalam mempertingkatkan usaha menangani jenayah transnasional.


"Ia termasuk usaha kolaboratif bagi menangani dan mencegah aktiviti jenayah yang merentasi sempadan dengan memanfaatkan sumber dan maklumat bersama," ujarnya.


Dalam pada itu, inisiatif lain juga dibincangkan termasuk pelaksanaan mekanisme global yang menggabungkan Pengenalan Wajah Definisi Tinggi dan teknologi CCTV terkini bagi memperkukuh keselamatan awam.


"Secara amnya, kedua-dua negara telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam usaha-usaha mempertingkat keselamatan awam dengan meningkatkan pertukaran maklumat di antara kedua-dua negara dan melaksanakan langkah-langkah kawalan yang lebih berkesan untuk mencegah dan menangani ancaman yang berkaitan dengan keganasan," katanya.


Selain itu, perbincangan dua hala berkenaan turut menekankan komitmen kedua-dua negara untuk mengukuhkan kerjasama dalam isu keselamatan awam.


Ia sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan China untuk bekerjasama dalam menghadapi cabaran keselamatan bersama dan mempromosikan kestabilan serantau.


Untuk rekod, mesyuarat bilateral itu berlangsung selepas Datuk Seri Saifuddin Nasution menghadiri Forum Keselamatan Global 2024 di Lianyungang City, China.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page