top of page

Malaysia, China jalin kerjasama hasilkan kandungan kreatif



Malaysia dan China menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang media dan penyiaran termasuk melalui pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif


MoU berkenaan ditandatangani antara Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dengan Menteri Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China, Cao Shumin di di ibu pejabat Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) di Beijing pada Khamis.


"Saya sudah minta pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan perbincangan dengan agensi yang sejawat dengan RTM supaya kita boleh, sebagai sebuah negara yang akan mempengerusikan ASEAN, mengambil kesempatan menonjolkan Malaysia termasuk kepada penonton di China, juga mengambil kesempatan bersempena dengan program Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya dipetik selepas menghadiri Majlis Resepsi yang dianjurkan Kedutaan Malaysia di China.


Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke China bermula semalam.

Beliau sementara itu berkata, fokus kerjasama akan diberikan kepada kandungan yang menonjolkan budaya, pelancongan dan makanan kedua-dua negara.


Justeru melalui MoU itu beliau berharap lebih banyak kerjasama dalam penghasilan kandungan kreatif dapat dicapai, selain penganjuran pelbagai aktiviti dan program bagi mengeratkan lagi persahabatan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini.


"Kita ada macam-macam format, memang kalau dari segi drama, kisah cinta, dokumentari, travelog dan foodvlog, saya nampak ada banyak peluang, terutama di kawasan Xian yang majoriti Muslim, bayangkan jumlah rakyat Cina beragama Islam itu jumlahnya sangat besar.


"Ia satu pasaran yang saya rasa kita di Malaysia harus kenal pasti dan tonjolkan supaya mereka juga berminat untuk datang ke Malaysia," katanya.

Mengulas lawatan itu, Fahmi berkata kehadirannya bersama delegasi diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan sektor telekomunikasi dan teknologi baharu seperti satelit bagi meningkatkan kesalinghubungan negara.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page