Malaysia mencadangkan langlah perlu yang harus diambil negara ASEAN dalam menghadapi cabaran ekonomi global melalui pembabitan strategik blok berkenaan dalam hubungan pelaburan dan transformasi digital.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa langkah wajar dilakukan oleh negara anggota dalam memperkukuh rantaian nilai serantau dan kerjasama sesama anggota.
"Saya percaya, jika kita meneruskan langkah ini dengan tekad dan komitmen, ASEAN dapat mencapai ketahanan ekonomi dan berada di landasan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030," katanya dipetik ketika menyampaikan kenyataan negara pada sesi plenari di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di Vientiane, hari ini.
Perdana Menteri dijangka menghadiri beberapa Sidang Kemuncak Berkaitan, termasuk Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN dengan Wakil ASEAN Inter-Parliamentary (AIPA), Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN bersama Wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN bersama Wakil Belia ASEAN.
Pada malam ini, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud di Rumah Malaysia.
*Kredit foto: Amir Haziq/PMO
Comments