top of page

Malaysia buktikan komitmen terhadap perjanjian iklim global



Malaysia telah membuktikan komited terhadap peranan globalnya dalam perjanjian iklim, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).


Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia berada dalam kelompok 85 daripada 198 negara yang berjaya memenuhi komitmen untuk menyerahkan Laporan Transparansi Dwitahunan (BTR) pertama dalam tempoh yang ditetapkan.

"Malaysia menyerahkan BTR pertama kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada 31 Disember 2024.


"Laporan ini adalah salah satu komitmen Malaysia dalam rangka Perjanjian Iklim Paris bertujuan melaporkan keadaan semasa bagi pengurangan gas rumah kaca (GHG), langkah-langkah mitigasi serta sokongan kewangan dan pemindahan teknologi kepada negara-negara yang lebih memerlukan," katanya dipetik dalam satu sidang akhbar pada Khamis.


Terdahulu Nik Nazmi hadir merasmikan Hasil Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC): Pelancaran Laporan Pembabitan Malaysia di UNFCCC-COP29 (Persidangan Ke-29 Pihak-Pihak) dan Laporan Ketelusan Dwitahunan (BTR) di Kuala Lumpur.


Sementara itu tambahnya, serahan laporan pertama itu turut memberi gambaran jelas tentang usaha Malaysia dalam mencapai sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) iaitu pengurangan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page