top of page

Malaysia bukan transit lupus e-waste, 44 kilang haram diambil tindakan



Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga hujung tahun lalu termasuk ada yang diarahkan ditutup, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.


Beliau dalam kenyataan berkata lapan daripada kilang tersebut telah diarah tutup manakala 36 lagi dalam proses tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).


Merujuk kepada kilang e-waste memproses kelongsong peluru secara haram yang dilaporkan media baru-baru ini, Nik Nazmi berkata tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) AKAS 1974 telah diambil selain kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan juga akan disediakan.


Nik Nazmi berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 18 akta sama kerana kilang itu menjadi kemudahan penstoran luar tapak buangan terjadual tanpa mendapat lesen daripada JAS.


Beliau berkata tindakan juga diambil mengikut Seksyen 34A iaitu gagal mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling kepada JAS dan Seksyen 34B kerana menempatkan buangan terjadual tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar.


Pada 15 Februari lalu, media melaporkan penemuan 50 tan peluru dan kelonsong dipercayai untuk dileburkan secara tidak sah, dalam serbuan terhadap sebuah kilang memproses sisa e-waste di Selangor.


"Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui JAS komited memastikan Malaysia tidak menjadi tempat transit atau pelupusan e-waste negara maju selaras dengan Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya," katanya.


Konvensyen itu menetapkan sebarang pergerakan rentas sempadan untuk buangan terjadual seperti e-waste memerlukan kelulusan terlebih dahulu sebelum aktiviti transit, transhipment (pemindahan), import dan eksport dijalankan.


Nik Nazmi berkata bagi mengawal pergerakan masuk e-waste melalui pintu masuk utama negara, Konvensyen Basel menetapkan e-waste yang merentasi sempadan perlu melalui prosedur Prior Informed Consent (PIC - Persetujuan Terlebih Dahulu) dan pengimportan tanpa mematuhi prosedur itu dikategorikan sebagai penghantaran secara haram di bawah Artikel 9.


Artikel 9 Konvensyen Basel juga menyatakan negara pengeksport tanpa kelulusan dari negara pengimport bagi barang dagangan dikategorikan sebagai buangan terjadual perlu mengambil semula barang tersebut dalam 30 hari.


"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page