top of page

PM bertemu delegasi TikTok bincang isu buli siber, tambah pelaburan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu delegasi syarikat pengendali media sosial TikTok membincangkan soal buli siber, hantaran fitnah di samping usaha melanjutkan pelaburan platform itu di Malaysia.


TikTok diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew di Peru. Dalam pertemuan itu PM membangkitkan kebimbangan mengenai kes buli siber yang meningkat, ancaman penipuan atas talian serta budaya fitnah menerusi TikTok.


"Dalam pertemuan ini, saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet bermula 1 Januari tahun depan.


"Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok," katanya melalui hantaran di X hari ini.


Anwar dalam rangka lawatan rasmi ke Lima, Peru bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


Dalam hantaran itu PM memberitahu TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan tersebut dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara Malaysia (BNM).


"Kami turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia dan mereka memberi perakuan melanjutkan pelaburan secara besar-besaran di negara kita.


"TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025," katanya.


Perteuan hari ini adalah peringkat tertinggi selepas beberapa pertemuan di antara wakil TikTok Malaysia dan Kementerian Komunikasi sebelum ini tidak mencapai hasil memuaskan terutama kawal selia kandungan berunsur fitnah 3R.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut hadir dalam pertemuan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page