top of page

Malaysia bersedia sertai blok ekonomi BRICS - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.


Perdana Menteri berkata Malaysia akan melalui proses-proses untuk memungkinkan negara menyertai organisasi antara kerajaan itu.


"BRICS, sejak dua bulan lalu, ia telah diangkat supaya Kementerian Luar buat kajian yang keputusan dasar kita untuk menyertai BRICS. Kita akan melalui proses untuk memungkinkan kita untuk menyertai BRICS.


"Saya sendiri telah bercakap dengan Presiden Brazil tentang hasrat yang sedemikian," kata Anwar dipetik Harian Metro selepas menghadiri kenduri sempena Hari Raya Aidiladha kenalan lama beliau Hamzah Mat Isa di Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.


Terdahulu Anwar dalam wawancara bersama pengasas media China Guancha, Li Shimo berkata Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS tidak lama lagi.


"Kami sudah menjelaskan dasar kami dan membuat keputusan. Kami akan memulakan proses rasmi tidak lama lagi," lapor Sputniknews memetik kenyataan Anwar dalam wawancara tersebut.


BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.


Pada Januari lalu, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu.


BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia.


Dalam pada itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS dapat memberikan pelbagai manfaat terutamanya ekonomi.


Beliau berkata, ketika ini proses penyertaan Malaysia dalam BRICS juga berjalan lancar dan sebarang perkembangan mengenainya akan diumumkan oleh kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page