top of page

Malaysia berpotensi jadi negara semikonduktor utama



Malaysia yang telah mengembangkan perusahaan semikonduktor dengan pelaburan dari negara Barat dan Jepun sejak 1980an kini mula menjadi antara negara pengeksport komponen berkenaan kepada industri di seluruh dunia.


Bagi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, ke hadapan Malaysia akan berperanan dan berpotensi besar menjadi negara semikonduktor utama di dunia.


Sehubungan itu, dalam dialog beliau dengan pemain industri semikonduktor dalam negara baru baru ini, Rafizi menerima pelbagai cadangan untuk meningkatkan lagi industri berkenaan di Malaysia yang akan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan.


"Lebih 60,000 jurutera daripada bidang E&E dan fizik boleh mengambil peluang keemasan ini untuk berjaya dalam sektor semikonduktor.


"Untuk mencipta lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi, kita semua harus bekerjasama – daripada institusi pembelajaran, syarikat semikonduktor, sehinggalah lepasan SPM untuk mencapai matlamat ini," katanya dalam kenyataan.


Fakta itu diperolehi beliau semasa program Malaysia Semiconductor Recruitment Day, yang mana beliau berpeluang bertemu dengan kumpulan pemegang taruh utama dalam sektor berkenaan.


"Dengan segala usaha dan kekuatan yang dicantumkan bersama, kita mampu membawa Malaysia ke hadapan sebagai pemain utama dalam industri semikonduktor dunia," kata Rafizi lagi.


Untuk rekod, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), negara menyasar eksport semikonduktor mencecah RM1.2 trilion menjelang 2030.


Sasaran itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia pada waktu ini dan merupakan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) kira-kira 7.6% daripada nilai eksport semasa.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page