top of page

Malaysia beri komitmen politik serius, galakkan perdagangan bebas - PM



Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menjadi saluran kritikal untuk memudahkan pelaburan serta perdagangan antara Malaysia dan United Kingdom (UK), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata perjanjian tersebut memperlihatkan tanda komitmen politik serius yang memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri UK, Keir Starmer kerana negara itu berjaya menyertai perjanjian CPTPP.


"Ia merupakan komitmen politik yang serius bagi UK dan Malaysia, memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas," kata beliau dalam hantaran di Facebook.


Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024, menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam yang berbuat demikian, manakala UK menyertai secara rasmi pada Disember tahun lepas.


Di bawah rangka kerja ini, tarif bagi produk oleh negara anggota akan dikurangkan kepada sifar.


Perdana Menteri berkata Malaysia perlu berada dalam radar para pelabur dunia dengan mengambil kira polisi kerajaan yang kritikal terhadap soal tenaga, kecerdasan buatan dan semikonduktor selain faktor kestabilan politik.


"Refleksi transisi kemajuan ekonomi dan kejayaan, Malaysia perlu sokongan para pelabur tempatan dan luar negara disokong dengan faktor kestabilan dan keharmonian benua ASEAN yang dahagakan sinergi pelaburan serta perdagangan baharu," ujarnya.


PM diperlihatkan model perancangan pembangunan bercampur Bandar Baharu Brabazon

Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan menyempurnakan pelancaran pembangunan Bandar Baharu Brabazon YTL Group di Bristol, bandar terbesar di barat daya England.


Perdana Menteri memuji usaha YTL, yang merupakan pelabur terbesar Malaysia di UK, dalam menjayakan pelbagai pembangunan utama di negara tersebut.


"Syabas kepada YTL kerana menjadi pelabur terbesar Malaysia di UK hasil perjanjian tersebut sekali gus mengubah Bristol Brabazon, bekas tapak bersejarah Filton Airfield menjadi kawasan pembangunan utama yang menempatkan pelbagai kemudahan penting," ujarnya.


Antaranya kemudahan tempat kerja, sekolah, taman bandar baharu, kedai, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kawasan hijau dalam tempoh 15 tahun selain turut melibatkan pembangunan 6,500 rumah lestari berkualiti tinggi.


YTL membuat pelaburan pertamanya di UK pada 2002 dengan pengambilalihan Wessex Water.


Laporan media menyebut, Pengerusi Eksekutif YTL Group, Tan Sri Sir Francis Yeoh Sock Ping berkata syarikat itu akan melabur sebanyak £4 bilion (RM21.96 bilion) lagi di UK dalam tempoh lima tahun akan datang.


Sepanjang lawatan rasminya ke UK, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page