top of page

Malaysia berazam jadi pemimpin serantau kelestarian alam



Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050 dan menjadi pemain global bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengumumkan matlamat itu menerusi satu kenyataan berkata, ia menandakan keazaman negara untuk bertindak tegas dalam menjaga masa depannya dan rantau ini.


"Sebagai sebahagian daripada Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) kami di bawah Perjanjian Paris, Malaysia menegaskan semula matlamatnya untuk mengurangkan intensiti karbon dalam keseluruhan ekonomi sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan kami juga dalam proses menetapkan satu lagi sasaran NDC yang bercita-cita tinggi pada 2025.


"Kami bertekad bertindak, tanpa mengira landskap iklim global memandangkan ini adalah perkara yang betul bagi dibuat untuk masa depan rakyat dan negara," katanya.


Justeru NRES jelasnya menggariskan rangka kerja tindakan iklim yang diperbaharui negara, merangkumi satu siri matlamat bercita-cita tinggi membabitkan penggunaan tenaga boleh baharu serta pengurangan karbon.


Sementara itu beliau memberitahu, Malaysia sebagai sebuah ekonomi Asia Tenggara yang sedang membangun, mempunyai kedudukan unik dalam menyusun semula trajektori ekonominya untuk kelestarian yang lebih besar.

"Malaysia sedang mendahului usaha dalam memajukan kredit karbon melalui Rangka Kerja Pasaran Karbon ASEAN selain menangani cabaran mendesak isu jerebu yang merentas sempadan," katanya.

Melihat ke hadapan, Nik Nazmi berkata, Malaysia bersedia mempamerkan komitmennya terhadap kelestarian pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-29 (COP29), yang mana ia merancang untuk menekankan kepimpinannya dalam tindakan iklim.


Selain itu, dengan Malaysia bakal memegang jawatan pengerusi ASEAN pada 2025, beliau mengulangi matlamat negara untuk menjadi hab pelaburan mesra alam dan mewujudkan pekerjaan hijau berkemahiran tinggi yang akan menyokong masa depan yang mampan kepada negara.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page