top of page

Malaysia banyak beri peruntukan golongan miskin, ketirisan gagalkan bantuan



Ketirisan antara penyebab utama insiden kemiskinan masih berlaku dalam kalangan kaum Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan di negara ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian pada majlis Syarahan Za'ba Seabad Pemikir Kemiskinan dan Hari Akademia Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak hari ini.


"Malaysia belanja antara paling tinggi di Asia untuk bantu orang miskin. Tetapi kadang kadang tak sampai (bantuan), bocor, tiris, salah guna, dicuri. Itu menyebabkan tak sampai ke bawah.


"Bayangkan RM22 bilion setahun urus orang miskin, kalau sampai selesai kemiskinan," katanya.


Sehubungan itu, beliau membidas tokoh politik sebelum ini yang mengkayakan diri dan keluarga mereka menggunakan dana yang diperuntukkan kepada rakyat bagi meningkatkan taraf hidup.


Anwar jelas tidak berkompromi dengan sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang kononnya berjasa besar membangunkan negara tetapi mengambil sebahagian kekayaan untuk tujuan 'membalas jasa' mereka.


"Semua orang berjasa, ketua kampung berjasa, penghulu berjasa, tok imam berjasa. Tetapi adakah dengan berjasa itu kita curi duit masjid? Tak boleh.


"Mengapa seorang Menteri Kewangan fikirkan dia berjasa, dia curi berbilion ringgit? Kalau benar kamu pejuang, saya salute. Betul kamu terus bela nasib Melayu, ya, saya salute.


"Kemudian saya kata, kalau betul berapa harta kamu sekarang? Satu bilion, dua bilion? Di Malaysia, di Amerika, di England, di Eropah? Alangkah baiknya sebagai seorang pejuang tulen, serahkan balik harta itu kepada rakyat dan negara.


"Kalau itu dapat dilakukan, apa diidamkan oleh Za'ba dan diulas para sarjana (tentang kemiskinan), mudah kita selesaikan," katanya.


Sebelum itu, PM mengungkapkan kajian kemiskinan pelbagai dimensi yang dilakukan oleh pendeta Za'ba ke atas kaum Melayu kira kira 100 tahun lalu.


Katanya, Za'ba telah mendahului zaman dengan mengkaji kemiskinan yang dikaitkan dengan sikap malas, tidak mempunyai cita cita tinggi, kurang latihan, tiada pelajaran dan kurang kemuliaan akal budi pada zamannya.


Dalam pada itu, Anwar mengimbau kembali pengalamannya sewaktu mengkritik agensi kerajaan ketika masih Pemuda UMNO pada 1980an lalu yang disifatkannya membazir peruntukan membantu rakyat.


"Dulu masa 1980an, di antara kritikan keras pada Risda ialah Risda itu untuk pekebun kecil, diberi dana ratusan juta oleh kerajaan untuk pekebun kecil, bukan untuk buat bangunan besar di Kuala Lumpur.


"Struktur, pandangan awal (berbelanja) itu harus dirobah. Ini yang cuba saya lakukan walaupun kadang kadang tidak menyenangkan banyak pihak.


"Berapa banyak agensi baru baru ini saya sergah dan batalkan lawatan. Agensi yang diamanahkan untuk membantu rakyat kemudian ambil kesempatan.... Ada satu pameran kecil di Berlin, berapa harus pergi, 68 orang. Harga RM3 juta. Bayangkan RM3 juta, untuk rakyat yang harus dibantu.


"Kerangkan itu harus betul dan tepat seperti yang digagaskan oleh Za'ba. Kemiskinan (perlu) betulkan sikap. Tetapi sikap itu bukan di bawah sahaja (rakyat)," katanya yang mahu kakitangan awam mengutamakan tatakelola baik dalam berbelanja bagi memastikan lebih banyak peruntukan dapat diberi kepada rakyat bawahan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page