top of page

Malaysia amal pendekatan globalis selari keperluan transformasi ekonomi



Malaysia berada di tengah tengah rantau Asia Tenggara yang pesat berkembang dari segi ekonomi, teknologi dan inovasi.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, faktor penarik berkenaan sewajarnya dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi negara yang lebih cemerlang seiring pertumbuhan rantau Asia Tenggara.


"Profil demografi kita - muda, digital, dan dinamik - menjadikan Asia Tenggara kuasa besar dalam kepenggunaan dan inovasi.


"Komitmen kita terhadap perdagangan bebas dan kerjasama mendorong inovasi dan memastikan pertumbuhan mampan dalam dunia yang semakin mengambil langkah perlindungan," kata Rafizi di Facebook membayangkan peranan besar menanti Malaysia sementelah mempengerusikan ASEAN pada 2025.


Paling penting, kata beliau, pendekatan globalis yang diambil negara, sama ada dari segi perdagangan atau hubungan luar yang mampu menjadikan negara pemimpin ekonomi rantau sebelah sini.


Selain itu, katanya, faktor kestabilan politik dan kepimpinan pragmatik juga penting bagi memastikan ekonomi terus berkembang.


"Malaysia mengamalkan pendekatan globalis melalui Rancangan Malaysia Ke-13, selari dengan keperluan era transformasi ini.

Bersama-sama, kita berusaha meletakkan Malaysia di barisan hadapan kemajuan global," katanya lagi.


Kementerian Ekonomi beberapa kelmarin menganjurkan Forum Ekonomi Malaysia 2025 bagi menentukan hala tuju ekonomi negara dan mencetuskan perbincangan tentang peranan Malaysia dalam landskap global yang kian berubah.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page