top of page

Majoriti rakyat diberi subsidi petrol RON 95 tahun depan - Rafizi



Oleh: Akmal Manaf


Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan membenarkan 85 peratus rakyat di negara ini terus menikmati subsidi bahan api berkenaan.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan secara prinsip telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun depan seperti yang dimaklumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu.


''Ini bermakna stesen-stesen minyak akan mempunyai harga secara dua peringkat iaitu harga bersubsidi yang kekal pada paras yang ditetapkan oleh kerajaan bagi 85 peratus rakyat dan harga yang diapungkan bagi mereka daripada 15 peratus isi rumah tertinggi di negara ini.


''Ini akan melengkapkan usaha kerajaan untuk menyasarkan subsidi daripada golongan yang tidak layak mendapat subsidi RON95, iaitu warga asing dan golongan 15 peratus berpendapatan tertinggi,'' katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai mekanisme penggunaan kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95 yang terdedah masalah kerosakan cip kad pengenalan, capaian internet perlahan luar bandar, penipuan kelayakan, tambahan kos sistem pengesahan yang melambatkan proses pembelian minyak.


Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan penyasaran subsidi itu akan melibatkan dua bahagian utama.


Kata beliau, bahagian pertama membabitkan penentuan golongan 85 peratus yang layak berdasarkan kedudukan sosioekonomi isi rumah yang akan mengambil kira pendapatan bersih.


''Pendapatan bersih adalah pendapatan kasar ditolak bayaran wajib seperti cukai, caruman, zakat dan yang lain. Turut diambil kira adalah tanggungan dan juga kos sara hidup berdasarkan lokasi.


''Bahagian kedua pelaksanaan penyasaran melibatkan stesen-stesen minyak. Ini melibatkan pengesahan kelayakan seseorang mengambil kira kedudukan sosioekonomi isi rumahnya menggunakan kaedah yang sedang dipertimbangkan contohnya kad pengenalan dan juga e-dompet,'' ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page