top of page

Majoriti BN di Ayer Kuning meningkat sekali ganda - Lokman Adam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 1 min read


Kemenangan calon Perpaduan di Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning semalam merupakan pencapaian terbaik apabila majoriti yang diperolehi Dr Ustaz Yusri Bakir meningkat kepada 5,006 undi, sekali ganda daripada Pilihan Raya Umum 2022 lalu.


Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kemenangan itu merupakan kejayaan buat semua terutama jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja bersungguh sungguh.


"Alhamdulillah, Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan di PRK DUN N.48 Ayer Kuning dengan memperolehi majoriti 5,006 sekali ganda lebih daripada majoriti kemenangan yang diraih pada PRU tahun 2022.


"Sekalung tahniah buat Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta semua jentera UMNO daripada seluruh negara, parti-parti komponen BN, Friends of BN serta rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan yang bertungkus lumus dan komited mengekalkan kemenangan pada kali ini," katanya.


Belau berharap Dr Ustaz Yusri Bakir bekerja bersungguh sungguh membangunkan kawasan dan menyambung kepimpinan cemerlang Allahyarham YB Ishsam Shahruddin di DUN Ayer Kuning.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page