top of page

Majoriti besar kemenangan di PRK Mahkota tanda rakyat mahu kestabilan politik



Kemenangan calon mewakili Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota kelmarin memberikan mesej jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan politik.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Fuziah Salleh, pengundi DUN Mahkota yang hampir dengan pusat pertumbuhan ekonomi Asia di Singapura amat faham perlunya negara yang ditadbir secara telus dan reformasi institusi bagi memulihkan kekuatan ekonomi negara yang muram sejak beberapa tahun lalu.


"Rakyat mahukan kestabilan dan keharmonian dan keputusan majoriti besar di Mahkota kali ini menunjukkan kelangsungan reformasi minda pengundi Melayu yang menolak kempen negatif oleh Perikatan Nasional yang hanya mengundang perpecahan kerana rakyat sebaliknya mahukan perpaduan di dalam masyarakat.


"Semoga semangat perpaduan di antara BN dan PH akan berterusan demi menjamin kestabilan politik dan kemampanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang," katanya dalam satu kenyataan.


Fuziah dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada calon BN yang menang majoriti luar biasa, yang belum pernah terjadi dalam sejarah PRK di Malaysia sebelum ini.


"Tahniah kepada Yang Berhormat Saudara Syed Hussein atas kemenangan dengan majoriti sebanyak 20,648 undi. Sekaligus membayangkan sokongan pengundi di Mahkota kepada UMNO dan Kerajaan Perpaduan.


"Tahniah juga kepada (Presiden UMNO) Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.


"Semangat kerjasama dan kebersamaan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang ditonjolkan oleh jentera parti yang giat berkempen adalah hasil daripada keutuhan pimpinan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.


Dari segi KEADILAN, kata Fuziah, parti itu dan anggotanya akan sentiasa membantu dalam gerak kerja bersama Perpaduan.


Parti itu juga, kata beliau, sentiasa mendengar suara rakyat yang telah disampaikan kepada barisan pimpinan oleh akar umbi semasa berkempen dan akan terus komited dalam usaha reformasi negara demi kesejahteraan rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page