top of page

Majlis Raja-Raja perkenan pindaan hak kewarganegaraan, dibentang sesi Oktober



Majlis Raja-Raja telah memberikan perkenan terhadap cadangan pindaan Perlembagaan membabitkan pemberian kewarganegaraan yang sebelum ini menjadi pertikaian pelbagai pihak termasuk pengamal perundangan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.


"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Perdana Menteri maklumkan pembentangan berkaitan pindaan kewarganegaraan yang dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri semalam telah diberikan perkenan oleh Majlis Raja-Raja.


"Dengan keputusan ini bermaksud proses di peringkat Parlimen boleh dimulakan pada sesi bajet akan datang (dijadual Oktober)," katanya dipetik.


Berdasarkan aturan mesyuarat yang dipapar pada laman web Parlimen, Belanjawan 2025 dijadual dibentang pada 18 Oktober dengan persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 12 Disember ini.


Saifuddin berkata ketika pertemuan dengan Majlis Raja-Raja, maklum balas daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga telah diperoleh.


"Sebelum itu saya dan KSU kementerian sudah mengadakan pertemuan dan Pengerusi Suhakam Datuk Seri Mohd Hishamuddin Yunus dan kami meneliti satu persatu fasal pindaan membabitkan Sembilan perkara.


Saifuddin memberitahu pembentangan kepada Majlis Raja-Raja itu merupakan kali ketiga dilakukan setelah kementerian diminta untuk berbuat demikian.


"Jadi melalui libat urus seperti ini...KDN dititahkan untuk membuat pembentangan kepada Majlis Raja-Raja," ujarnya.


"Bila dititah untuk memberikan penerangan kita kena akur, kita dititah menghadap, walau sudah bentang semua libat urus berjalan, kami berasa lega kerana dapat berpeluang untuk membuat pembentangan," katanya.


Kata Saifuddin, cadangan pindaan itu kekal sama iaitu melibatkan Perkara 14(1)(b) membabitkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita tempatan selain Perkara 19B dan 14(1)(e) kekal seperti asal.


Pada Mac lalu Saifuddin dilaporkan berkata kerajaan menggugurkan dua cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berhubung hak kerakyatan selepas berdepan tekanan pelbagai kumpulan masyarakat sivil dan pakar perundangan yang memberi amaran ribuan kanak-kanak tidak akan mendapat status kewarganegaraan jika ia diteruskan.


Cadangan yang dibatalkan adalah berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada bayi terdampar, kanak-kanak tanpa kerakyatan dan anak tidak sah taraf.


Bagaimanapun, kerajaan akan meneruskan tujuh lagi cadangan pindaan dalam rang undang-undang yang bakal dibentangkan di Parlimen, kata Saifuddin Nasution.


"Kita ada lapan cadangan pindaan. Tiga pindaan baharu dan empat peruntukan asal yang dibatalkan contohnya membabitkan kelahiran di Singapura pada tahun 1971, itu tidak terpakai lagi.


"Perkara 19B (bayi terdampar) dan Perkara 14(1)(E) Perlembagaan Persekutuan (kanak-kanak tanpa kewarganegaraan) sekarang kerakyatannya ialah melalui kuat kuasa undang-undang.


“Cadangan yang kami angkat ialah hendak mengubah kepada warganegara secara pendaftaran dan kami masukkan fasal baharu 15(A)(2). Keputusan Kabinet hari ini (Mac) ialah kekalkan yang asal," katanya pada sidang media di Putrajaya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page