top of page

Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan sepakat calon BN bertanding PRK Nenggiri



Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan meneruskan kerjasama apabila bersetuju agar Barisan Nasional (BN) meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan yang bakal berlangsung pada 17 Ogos ini.


Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung pada Selasa lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri pimpinan tertinggi BN dan Pakatan Harapan (PH).


"Pimpinan kedua-dua parti, memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon Barisan Nasional yang mewakili Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada 28 Jun lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos depan.


Media sebelum ini melaporkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan mulai 19 Jun lalu.


Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu mengenai keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, yang hilang daripada Bersatu.


Susulan itu Mohd Azizi memfailkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK DUN berkenaan daripada diadakan sehingga saman pemulanya diputuskan.


Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi terbabit.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page