top of page

Majlis Muhibah Merdeka: Cari titik pertemuan isu Islam - bukan Islam



Majlis Muhibbah Merdeka sempena ulang tahun kemerdekaan ke 66 telah diadakan kelmarin di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama pemimpin pemimpin pelbagai agama.


Kehadiran bersama 20 perwakilan dari pelbagai pertubuhan utama, sama ada dari kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang hadir dengan penuh kemesraan dan menunjukkan permuafakatan sebagai satu keluarga Malaysia.


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George dijemput hadir di majlis berkenaan berkata majlis muhibbah itu telah berjaya membuat perbincangan bersama para pemimpin agama untuk mencorak langkah dan usaha terbaik bagi mengukuhkan keharmonian hidup bersama di Malaysia

Dr Gunaraj (kanan) bersama Menteri Ehwal Agama

"Pertemuan ini jelas membuktikan semangat persefahaman dan kerjasama yang utuh dari kalangan pemimpin agama demi membina keharmonian dan perpaduan bukan suatu yang asing.


"Dengan sokongan dan komitmen Jabatan Perdana Menteri, perbincangan dua hala ini akan memperkasakan program dialog antara tamadun sebagai pendekatan bagi memperkukuhkan keharmonian hidup beragama di kalangan masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan persefahaman menerusi pelaksanaan seminar, penerangan dan penerbitan," katanya dalam kenyataan.


Tambah Dr Gunaraj, Satu inisiatif untuk mengaktifkan Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (harmoni) yang bakal dipengerusikan bersama oleh Menteri Perpaduan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) akan selepas ini akan merancakkan fungsi perundingan rasmi para pemimpin agama bagi memberikan input terbaik kepada kerajaan.


Sehubungan itu, Dr Gunaraj mencadangkan agar program praktikal dilaksanakan bagi memperkukuhkan persefahaman di antara semua lapisan dan golongan masyarakat terhadap dialog antara agama untuk lebih memahami agama satu sama lain.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page