top of page

Majlis Menteri Wilayah: 'KL masih selamat dihuni' - Dr Zaliha



Menteri Wilayah Persekutuan mempengerusikan Majlis Menteri Wilayah buat kali ketiga dalam 2024 hari ini.


Menurut Dr Zaliha, sesi bersama Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur itu membincangkan beberapa isu dasar terkait kesejahteraan penduduk di Kuala Lumpur, termasuk isu panas insiden tanah jerlus di Masjid India baru baru ini.


"Antara perkara yang saya tekankan dan beri jaminan kepada semua Ahli Parlimen KL bahawa KL masih lagi selamat untuk didiami hasil dapatan pakar-pakar geologi.


"Peranan Ahli Parlimen juga amat diperlukan bagi memastikan perkara ini sampai kepada rakyat di Kuala Lumpur.


"Beberapa isu telah dibangkitkan oleh ahli mesyuarat dan saya telah minta DBKL untuk menyelesaikan perkara-perkara tersebut secepat mungkin," katanya.


Majlis Menteri Wilayah berperanan mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada Ahli ahli Parlimen dalam Wilayah Persekutuan berkenaan masalah setempat dan bantuan kerajaan.


Majlis tersebut kurang berperanan pada era kerajaan terdahulu tetapi diberi nafas baru pada era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page