top of page

Majikan naik gaji pekerja layak terima insentif Dasar Gaji Progresif



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menarik perhatian bahawa banyak pihak yang tidak mengetahui Kerajaan Madani telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi sektor swasta di bawah Dasar Gaji Progresif.


Beliau berkata, majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji di bawah dasar terbabit, layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja, supaya kenaikan itu ditanggung kerajaan.


"Mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji ini layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja, supaya kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan


"Kita ni selalu bising pasal gaji, tapi bila ada peluang naik gaji, kita kadang-kadang tak gunakan sepenuhnya. Ramai yang tidak tahu kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta di bawah Dasar Gaji Progresif," katanya menerima hantaran video yang dimuat naik di X.


Rafizi memberitahu kadar gaji permulaan mengikut kelayakkan di bawah Dasar Gaji Progresif bagi Jurutera Mekanikal ialah sebanyak RM3,380 sebulan, Jurutera Awam (RM3,115),Akauntan dan Juru Audit (RM3,280), Ahli Nujum (RM2,205) dan Juruteknik Kejuruteraan Awam (RM2,470).


Beliau berkata, senarai penuh gaji permulaan di bawah Dasar Gaji Progresif, Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan boleh dimuat turun di pautan https://gajiprogresif.gov.my.


Kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif dibentangkan di Parlimen 30 November tahun lalu antara lain menjadi satu daripada strategi kerajaan meningkatkan gaji penengah pekerja, sekali gus meningkatkan kadar bahagian pampasan pekerja (CE) dalam tempoh berbaki Rancangan Malaysia ke-12 serta 10 tahun akan datang.


Dasar Gaji Progresif merupakan komitmen untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat bagi meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti. Kertas Putih mengenai dasar ini telah memperincikan status berkaitan gaji dan produktiviti pekerja serta isu dan cabaran yang dihadapi.


Pelaksanaan dasar ini akan dimulakan dengan projek rintis pada Mei 2024 membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditentukan bagi pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.


Pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.


Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page