top of page

Kalau Benar Mahu Ambil Tindakan Terhadap Pemandu Mabuk, Kenapa Sidang Parlimen Hanya Sehari?


Kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian sekali lagi menjadi tajuk hangat dalam kalangan masyarakat, terutamanya mengenai tindakan kerajaan dalam memberikan hukuman yang lebih berat kepada pembunuh di atas jalan raya.


Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux melanggar sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).


Rempuhan itu dipercayai berlaku apabila pemandu berada dibawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail.


Mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk dan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000. 


Bagaimanapun, pada bulan Januari lalu, Anthony Loke Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan dalam kerajaan Pakatan Harapan berancang untuk meminda akta sedia ada dengan mengadakan kajian bersama PDRM, Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang dijangka dibentangkan pada sesi kedua sidang Parlimen pada bulan Jun atau Julai ini.


Kajian itu termasuk had kandungan alkohol dalam badan pemandu kerana undang-undang negara ketika ini membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah sedangkan had antarabangsa yang ditetapkan oleh WHO adalah 50mg dalam 100ml darah.


Datuk Liew Vui Keong yang ketika itu berkhidmat sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) turut bercadang untuk mengenakan hukuman lebih berat, termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun.


Namun hasrat untuk meminda akta sedia ada terbantut selepas berlakunya pengkhianatan menerusi Langkah Sheraton, menyaksikan Perikatan Nasional kini mentadbir negara.


Sepanjang tempoh UMNO dan PAS menjadi pembangkang selepas PRU-14, kedua-dua parti yang membawa agenda kaum Melayu dan agama Islam itu lantang mengkritik kerajaan PH berkenaan isu pemandu mabuk.


Mereka menuduh disebabkan kerajaan PH kononnya telah dikuasai pemimpin bukan Melayu, maka pemandu mabuk yang kononnya semua orang bukan Melayui dan Islam akan terlepas daripada hukuman berat.


Kini, apabila kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian berlaku, PH sekali lagi dipersalahkan.


Tetapi, hari ini kerajaan ditadbir oleh Perikatan Nasional, jadi mereka yang harus bertindak mengenakan hukuman lebih berat dengan meminda undang-undang sedia ada.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan pengkritik tegar dalam isu pemandu mabuk.


“Sampai bila rakyat yang tidak bersalah terus menjadi korban pemandu mabuk ini? Mengapa Menteri Pengangkutan masih berdiam diri dan belum meminda Akta 333?” katanya pada bulan Januari.


Hari ini, Tuan Ibrahim kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa pemandu mabuk yang bersalah mesti dikenakan hukuman lebih berat.


Namun, reaksinya selaku salah seorang pemimpin kerajaan Perikatan Nasional dibidas oleh netizen.


Ramai yang mempersoalkan jika kerajaan benar-benar serius mahu meminda akta sedia ada, persidangan perlu diadakan di Parlimen.


Malah, Anthony Loke yang tampil bersetuju dengan pandangan Tuan Ibrahim, mahu kerajaan mengadakan sidang Parlimen supaya dapat meneruskan hasrat rakyat untuk melihat hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk.


"Saya tak sempat untuk membentangkan pindaan RUU tersebut di Parlimen namun saya berharap agenda itu akan diteruskan oleh kerajaan sekarang. Semua pihak perlu mengambil pendirian "zero tolerance" terhadap pemandu mabuk. Period.


"Ini isu nyawa manusia yang merentasi pendirian politik. Saya akan bangun menyokong pindaan RUU tersebut apabila dibawa ke sidang Parlimen kelak. Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Justeru, jika Perikatan Nasional benar-benar serius mahu tangani kes pemandu mabuk, mereka tiada pilihan selain daripada mengadakan sidang Parlimen.


Jika tidak, Perikatan Nasional layak menerima kritikan rakyat kerana gagal menangani kes pemandu mabuk seperti yang dijanjikan selama ini.


Malah, ia akan jelas menunjukkan bahawa Perikatan Nasional sengaja meniup api perkauman dalam isu pemandu mabuk hanya untuk kepentingan politik.






0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page