top of page

Mahkamah benarkan 2 Ahli Parlimen cabar nasihat Muhyiddin isytihar darurat



Dua Ahli Parlimen diberi kebenaran mencabar nasihat bekas Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin supaya Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen semasa pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.


Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang pada Rabu sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan ADUN dari Perak Dr Abdul Aziz Bari bagi mencabar nasihat itu.


Ketua Hakim Negara itu ketika membuat keputusan berkata kedua-dua pemohon telah memenuhi ambang untuk semakan kehakiman.


"Perintah mahkamah di bawah (Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan) diketepikan. Kami menyerahkan perkara ini kepada Mahkamah Tinggi untuk permohonan substantif didengar," katanya dipetik laporan media.


Tengku Maimun, yang bersidang bersama Hakim Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan, Harmindar Singh Dhaliwal dan Rhodzariah Bujang


Hasaan dan Aziz sebelum ini memohon pengisytiharan mahkamah bahawa keputusan Jemaah Menteri Muhyiddin menasihatkan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen dan semua badan perundangan negeri adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan.


Susulan keputusan itu bermakna Mahkamah Tinggi tidak akan dihalang daripada mendengar kes itu atas meritnya walaupun terdapat klausa dalam Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.


Justeru pengurusan kes tersebut ditetapkan di Mahkamah Tinggi pada 31 Julai ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page