top of page

MAHB "diserang": Peringatan jelas perkukuh keselamatan siber negara

Updated: 2 days ago


Serangan siber ke atas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru-baru ini dengan penggodam menuntut wang tebusan sebanyak AS$10 juta menjadi peringatan jelas tentang ancaman siber yang semakin meningkat terhadap keselamatan negara dan awam serta kestabilan ekonomi negara.


Menyedari perkara itu Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menyarankan agar kerajaan menetapkan undang-undang bagi menentukan tanggungjawab, piawaian, dan hukuman bagi pelanggaran keselamatan siber di sektor awam dan swasta.


"Saya memuji ketegasan kerajaan yang enggan tunduk kepada tuntutan wang. Namun kita tidak boleh melihat insiden ini secara terasing.


"Ia mesti menjadi peringatan di mana era digital menawarkan pelbagai peluang, tetapi tanpa langkah keselamatan siber yang kukuh, kita mendedahkan diri kepada risiko yang amat dahsyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan tentang serangan penggodam ke atas sistem digital MAHB dengan tuntutan untuk membayar sejumlah AS$10 juta namun kerajaan dengan tegas menolak ugutan penyangak siber itu.


Chiew berkata pihaknya bersetuju dengan penekanan perdana menteri bahawa terdapat keperluan mendesak untuk memperkukuh sistem keselamatan siber negara termasuk penerokaan teknologi seperti blockchain untuk meningkatkan ketelusan dan integriti data.


"Dasar keselamatan siber kita pada masa ini, walaupun satu permulaan, perlu diperkukuhkan dan diselaraskan.


"Kita mesti bekerjasama untuk menambah baik rangka kerja perundangan, meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, dan menggalakkan koordinasi yang lebih kukuh antara agensi berkaitan. Kita mesti bertindak secara proaktif, bukan reaktif," ujarnya lagi.


Beliau turut bersetuju dengan saranan perdana menteri tentang keperluan meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur keselamatan siber dan modal insan, termasuk latihan khusus serta pengambilan pakar pertahanan siber.


"Selain itu, kita perlu memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk menjejaki, menyiasat, dan mendakwa rangkaian jenayah siber rentas sempadan," jelasnya.

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page