top of page

Mahathir Lupa, Politik Adu Domba Punca Melayu Lemah



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengkritik Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kegagalan penganjuran Program Proklamasi Orang Melayu, beliau menganggap kegagalan program tersebut disebabkan campur tangan pihak kerajaan. Tiada sebarang bukti dikemukakan, hanya sangkaan dan telahan beremosi dilontarkan beliau dalam sidang media yang diadakan pada 27 Mac 2023.


Mahathir turut melontarkan beberapa dakwaan terhadap PMX di dalam sidang media tersebut, antara dakwaan paling utama adalah berkenaan gelaran PMX sebagai penindas dan menghalang hak bersuara. Mahathir melontarkan dakwaan tersebut tanpa sebarang bukti, beliau seakan-akan lupa berkenaan tindakan beliau yang menghalang kebebasan media sepanjang pemerintahan selama 22 tahun dahulu.


Malah terdapat cubaan menghalang Tunku Abdul Rahman daripada terus mengkritik kepimpinan Mahathir melalui penulisan artikel di surat khabar arus perdana tempatan sekitar penghujung tahun 1980-an.


Politik adu domba lemahkan Melayu


Mahathir turut menuduh bahawa pemimpin politik etnik Melayu yang berada di atas tampuk kekuasaan sekarang sebagai berpecah-belah dan menjadi punca kepada kelemahan pencapaian masyarakat Melayu di Malaysia.

Mohd Fauzi Fadzil

Mahathir dalam isu ini seakan-akan lupa bahawa perpecahan politik dalam kalangan kepimpinan Melayu di Malaysia adalah disebabkan oleh beliau sendiri.


Perpecahan pertama parti politik yang mewakili masyarakat Melayu berlaku pada tahun 1987 apabila Mahathir bertembung dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah sehingga mewujudkan Parti Semangat 46.


Mahathir kemudiannya bertembung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mewujudkan Parti Keadilan Nasional, Mahathir bertembung pula dengan Datuk Seri Mohammad Najib Razak sehingga mewujudkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Mahathir bertembung lagi dengan Tan Sri Mahiaddin Yasin sehingga mewujudkan Parti Pejuang Tanah Air.


Mahathir terlupa


PMX turut dituduh sebagai tidak mementingkan pembangunan masyarakat Melayu di dalam pentadbiran beliau oleh Mahathir. slogan yang dilaungkan oleh PMX untuk membangunkan seluruh etnik di Malaysia secara adil dan saksama dianggap oleh Mahathir sebagai melemahkan penguasaan dan pembangunan masyarakat Melayu.


Namun Mahathir lupa bahawa sepanjang keberadaan beliau di atas tampuk kekuasaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah gagal untuk dicapai. Masyarakat Melayu gagal untuk mencapai ekuiti sebanyak 30% seperti yang disasarkan oleh DEB. Namun Mahathir mengaku bahawa anak-anaknya berjaya mencapai tahap jutawan hasil perniagaan mereka dalam bidang perkapalan dan pembuatan.


Mahathir secara keseluruhannya lupa bahawa kesemua tuduhan yang dilemparkan kepada PMX sebenarnya menggambarkan kegagalan beliau sepanjang memerintah Malaysia, malah beliau turut melemparkan tuduhan tanpa sebarang bukti sahih.


Setiap tuduhan tersebut kembali kepada kesalahan silam yang pernah dilakukan oleh Mahathir. Beliau sepatutnya menyedari kesalahan diri sendiri dan membaiki kesalahan lampau, bukan mengekalkan cara berpolitik ala Machiavelli dan asyik menyalahkan orang lain pada penghujung riwayat hidupnya.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page