
Oleh: Akmal Manaf
Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) secara konsisten akan terus memberikan sokongan kepada Palestin dan Syria dalam menghadapi cabaran akibat konflik bersenjata yang berlaku di kedua-dua negara itu.
Penasihat Kehormat MAHAR, Nurul Izzah Anwar berkata, selain memperkukuhkan jaringan dengan penderma pihaknya berharap warganegara Palestin yang bertapak di negara ini atau yang sedang mengalami kesusahan, mendapat dokongan lebih menyeluruh.
"Setelah Presiden MAHAR, Jismi Johari mengetuai Ops Ihsan, maka kita mahu meramaikan dan memperkukuhkan jaringan dengan bukan sahaja para penderma, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang genosid yang sedang berlaku di Palestin.
"Kita juga tahu tentang batas-batas yang wujud dalam undang-undang Malaysia, tetapi hari ini adalah usaha untuk meraikan setiap pihak berkepentingan yang telah mendokong MAHAR dan sahabat baru yang bakal memperkukuhkan usaha mereka," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Makan Malam MAHAR, petang semalam.
Pada itu majlis itu, MAHAR turut melantik artis tersohor negara Anuar Zain sebagai duta kemanusiaan bertujuan melancarkan kempen ‘Palestine Rays of Hope’ (Sinar Harapan Palestin) untuk terus membantu rakyat Palestin yang tertindas.
Comments