top of page

MAHAR kutuk serangan Israel musnahkan Hospital Kamal Adwan di Gaza



Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengutuk sekeras kerasnya kekejaman Israel menyerang dan memusnahkan hospital satu satunya yang masih berfungsi di Gaza, Hospital Kamal Adwan.


Menurut kenyataan MAHAR, serangan ganas yang mengorbankan lebih daripada lima puluh nyawa termasuk pesakit, kakitangan perubatan, dan orang awam itu merupakan satu jenayah kemanusiaan yang melanggar undang-undang antarabangsa.


"Serangan terhadap Hospital Kamal Adwan ini bukanlah insiden terpencil tetapi sebahagian daripada kempen sistematik yang menyasarkan rakyat Palestin, infrastruktur mereka, dan hak mereka untuk hidup.


"Serangan ini merupakan jenayah terhadap kemanusiaan kerana hospital dan kemudahan kemanusiaan, yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan, kini bertukar menjadi lokasi keganasan dan kehancuran," katanya.


Dalam pada itu, Penasihat MAHAR Nurul Izzah Anwar menyifatkan serangan tersebut sebagai kezaliman terhadap hak asasi manusia.


"Ini bukan sekadar serangan terhadap Gaza atau hospitalnya—ini adalah serangan terhadap kemanusiaan itu sendiri.


"Komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri dalam menghadapi pencabulan terang-terangan terhadap nyawa manusia dan norma antarabangsa.


"Kami menuntut tindakan segera dan tegas untuk menghentikan penindasan ini dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya.


Sehubungan itu, MAHAR menyeru kepada kerajaan Malaysia, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, dan komuniti antarabangsa agar menuntut kebertanggungjawaban penuh Israel terhadap jenayah perang yang dilakukan di Gaza; mengambil langkah segera menghentikan pendudukan dan pencerobohan; memastikan perlindungan terhadap orang awam, khususnya kanak-kanak, wanita, mereka yang cedera; dan memberikan bantuan kemanusiaan serta membina semula infrastruktur kritikal seperti hospital yang musnah.


Menurut kenyataan itu lagi, kompromi kuasa-kuasa besar dunia yang terus membolehkan kekejaman Israel berlarutan perlu ditangani masyarakat antarabangsa.


Manakala Presiden MAHAR, Jismi Johari, menyeru organiasasi kemanusiaan dan kerajaan seluruh dunia mengecam keras perbuatan biadap rejim Zionis.


"Rakyat Palestin telah menanggung penderitaan yang tidak boleh kita bayangkan, namun ketabahan dan harapan mereka terus menjadi inspirasi kepada kita.


"Kami menyeru kerajaan, organisasi kemanusiaan, dan individu di seluruh dunia untuk bersatu mengecam kekejaman ini dan bertindak segera untuk melindungi nyawa orang awam serta menegakkan keadilan," katanya.


MAHAR turut menegaskan solidariti teguh dengan rakyat Palestin dan berikrar akan memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan pada masa kritikal.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page