top of page

MAHAR, kerajaan Johor hantar misi kedua bantuan ke Gaza



Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) melancarkan Misi Bantuan Kasih Johor Palestin 2.0 Fasa Kedua di Amman, Jordan semalam dengan memberikan fokus kepada penghantaran bantuan penting kepada rakyat wilayah bergolak itu melalui laluan darat.


Presiden MAHAR Jismi Johari berkata, pelaksanaan fasa kedua bantuan itu melibatkan sumbangan rakyat Malaysia khususnya dari Johor yang sentiasa menyokong usaha membantu masyarakat Palestin.


"Setiap pek bantuan yang dihantar bukan sahaja membawa keperluan fizikal seperti makanan dan khemah, tetapi juga simbol sokongan moral dan harapan.


"Kami di MAHAR amat menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat, termasuk kerajaan negeri Johor dan para penderma, yang memastikan misi ini dapat direalisasikan," katanya dalam kenyataan.

Kanak kanak lambai bendera Johor
Kanak kanak lambai bendera Johor

Fasa kedua misi tersebut melibatkan penghantaran pek makanan, barangan keperluan bayi, barang keperluan keluarga, dan khemah pelarian.


Bantuan ini akan dihantar melalui laluan darat dari Jordan ke Gaza, dengan matlamat untuk membantu mereka yang paling memerlukan.


Terdahulu pasukan operasi MAHAR yang diketuai oleh Izzat Zabir telah memberi taklimat terperinci kepada delegasi Exco Hal Ehwal Islam Johor Mohd Fared Khalid, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Dr Noh Gadut serta Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Jordan Nur Najiha Md Abas.


Mohd Fared menzahirkan rasa bangga atas kerjasama erat antara kerajaan negeri Johor dan MAHAR sambil menyatakan inisiatif tersebut merupakan adalah manifestasi solidariti dan kasih Johor terhadap rakyat Palestin.

"Dengan sokongan rakyat Malaysia, misi ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan," ujarnya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page