top of page

Luruan monsun: Penduduk Mersing, Pengerang hadapi kemungkinan banjir



Oleh: Akmal Manaf


Penduduk di Johor terutamanya di sekitar Mersing dan Pengerang dinasihatkan agar lebih berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir akibat luruan Monsun.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, amaran hujan lebat telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di selatan semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 19 Januari ini.


"Peringatan kepada warga yang berada di Johor terutama di sekitar Mersing, Pengerang untuk berhati-hati.


''Rakyat di Sarawak dan Sabah untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir akibat luruan Monsun," katanya dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.


Dalam perkembangan sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang berfungsi untuk tujuan telekomunikasi turut berada dalam keadaan siap siaga.


''Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan kementerian berkaitan sentiasa bersedia untuk menghadapi (banjir).


''Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga telah diminta untuk berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi,'' ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page