top of page

Lukisan Dinding Di KL Perlu Akur Nilai, Budaya Tempatan


Lukisan dinding perlu mendapat kelulusan DBKL agar karya seni yang dibuat diakui dan bersesuaian
Lukisan dinding perlu mendapat kelulusan DBKL agar karya seni yang dibuat diakui dan bersesuaian

Oleh: Andre Lai Chen Heng


ULASAN: Saya ingin mengupas tentang pengindahan yang kian aktif dijalankan di ibu kota. Selaras dengan hala tuju untuk menuju bandaraya pintar, berserta acara temasya seperti ASEAN Summit dan kempen Lawati Malaysia 2026, banyak kegiatan untuk mencantikkan kawasan sekitar Kuala Lumpur dilakukan.


Antara yang paling ketara adalah lukisan dinding di atas bangunan dan lorong belakang yang telah tumbuh bagaikan cendawaan selepas hujan. Malah, Datuk Seri Dr Maimunah selaku Datuk Bandar KL juga mengalu-alukan penglibatan korporat untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha pengindahan ini. DBKL pada tahun lepas juga menandatangani MOU dengan ThinkCity, satu unit di bawah Khazanah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai 'cultral & creative district'. Segala usaha dijalankan untuk mempercepatkan usaha pengindahan ibukota.


Prosedur lukisan dinding


Namun tercetus isu lukisan dinding yang mendatangkan keresahan kepada semua. Saya percaya ramai masih ingat mural bangunan di Jalan Panggung, hasil karya seorang artis Rusia yang mendakwa DBKL telah menghancurkan muralnya. Baru-baru ini juga ada isu seorang artis tempatan mengecam DBKL kerana mengecat semula karyanya di perhentian bas.


Selama saya dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya memahami prosedur yang harus dipatuhi. Untuk permohonan lukisan dinding, artis (atau syarikat) harus menghantar permohonan kepada Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan (atau JPPPB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya lokasi di bangunan swasta, harus dapat perjanjian daripada pemilik premis.


Sekiranya ia adalah premis awam seperti perhentian bas dan jejantas maka harus mendapat persetujuan daripada jabatan dalam DBKL seperti Jabatan Pengangkutan Bandar. Kalau ia libatkan kementerian atau unit kerajaan yang lain maka mereka adalah pemilik premis.


Lukisan memenuhi syarat


Tugasan JPPPB adalah untuk memeriksa visual karya artis, sama ada ia mematuhi syarat atau tidak. Banyak faktor harus dipertimbangkan, terutamanya sama ada ia mempunyai unsur 3R (kaum, agama, raja) atau kepentingan tersendiri. Lukisan dinding tidak harus digunakan untuk mempamerkan sebarang promosi atau unsur pengiklanan tidak kira jenama mahupun penempatan produk. Ia juga tidak harus menonjolkan sebarang mesej tersirat atau tersurat yang menjejas kententeraman awam.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai garis panduan yang menyeluruh untuk semua jenis permohonan. Mungkin tidak ada satu garis panduan yang khusus untuk artis individu tetapi DBKL telah mempunyai sistem sedia ada untuk memproses permohonan setiap individu atau syarikat kes demi kes.


Oleh kerana perkembangan budaya lukis dinding, saya difahamkan DBKL akan menggubal satu garis panduan yang baharu dalam masa terdekat untuk memproses permohonan lukisan dinding dan segala karya dalam bandar seperti mural, arca dan sebagainya.


Budaya urban pelbagai punca pencetus


Saya melihat banyak reaksi awam yang berbeza, tentang isu lukisan dinding yang semakin banyak. Ini adalah budaya 'urban' yang bermulanya dari landskap politik, budaya dan latar belakang yang berbeza daripada kebudayaan Nusantara. Ada bezanya mural dan grafitti. Mural yang diluluskan oleh DBKL mempunyai kandungan kreatif yang berunsurkan perpaduan negara. Elemen yang digunakan adalah seperti flora fauna, masyarakat majmuk dan unsur kebudayaan tempatan.


Berbeza dengan grafiti yang lebih mementingkan gaya kreatif persendirian, yang tidak semestinya sesuai diterima oleh rata-rata masyarakat setempat. Ambil satu contoh, sebuah perhentian bas awam yang dilukis dengan grafiti yang mempamerkan perkataan 'BODEGA'. Memang nampak cantik dipandang mata, tetapi BODEGA dalam bahasa Sepanyol bermaksud kedai arak. Saya mempertahankan tindakan DBKL untuk memadam karya tersebut, memandangkan ia tidak mempunyai kelulusan dan ia adalah aset kerajaan.


Ambil kira perpaduan masyarakat


Ekspresi kreatif harus dilihat dari lensa yang lebih menyeluruh, mengambil kira perpaduan negara sebagai halal tuju. Budaya 'urban' menyerap dalam pembangunan bandaraya moden seluruh dunia, bukan sahaja dari lukisan dinding, malah industri persembahan juga.

Grafiti lukisan dinding yang tidak diperlukan
Grafiti lukisan dinding yang tidak diperlukan

Namun, artis tempatan yang berpemikiran waras, mampu mencari keseimbangan. Mereka boleh memelihara cita rasa setempat, pada masa yang sama tidak mengurangkan ciri-ciri budaya. Contohnya artis rakaman seperti Altimet (kini beliau ADUN Lembah Jaya) dalam karya album hip hop terdahulu banyak menggabungkan lirik lagunya dengan pantun dan adunan musik tradisi. Lagu 'hip hop' tidak semestinya mengambil unsur keganasan atau bahasa kesat seperti di negara barat.


Adaptasi sedemikian juga boleh dibuat oleh artis lukisan tempatan. Mural atau grafiti, dengan citarasa kebudayaan kepelbagaian di Malaysia.


Jadikan karya untuk dihargai, bukan dinampak sebagai satu vandalisme. Saya berharap setiap pihak kepentingan dan masyarakat dapat bekerjasama untuk memastikan Kuala Lumpur menjadi bandaraya yang hebat dalam era Malaysia Madani. Bahkan kata Datuk Bandar, jadikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya yang boleh didiami dan dicintai.


 

Penulis merupakan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page