top of page

LTAKK bakal naik taraf dengan kos RM442.30 juta - Menteri Pengangkutan



Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat lalu meluluskan cadangan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, projek itu antara lain melibatkan penambahan kapasiti terminal daripada sembilan juta kepada 12 juta penumpang setahun serta kemudahan baharu seperti pembinaan kawasan bertingkat dan tambahan tujuh ruangan parkir pesawat (apron).


Selain itu, infrastruktur sokongan iaitu penambahbaikan jalan raya sekitar lapangan terbang dan penggunaan teknologi hijau serta adaptasi Teknologi Airport 4.0 dengan mengintegrasikan automasi dan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan operasi turut akan dilaksanakan.


Mengulas lanjut mengenai projek berkenaan beliau menjelaskan, ia bakal dilaksana Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kos RM442.30 juta dijangka mengambil masa 48 bulan dengan fasa prapembinaan bermula pada tahun ini dan dijadual siap pada 2027.


"Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh inisiatif pembiayaan swasta MAHB tanpa melibatkan jaminan kerajaan," katanya dipetik.


LTAKK merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menurut Loke, ia mencatat kapasiti penumpang 9.4 juta penumpang setahun (mppa), melebihi kapasiti semasa pada 2019


"Berdasarkan unjuran, jumlah ini dijangka meningkat kepada 12.4 mppa menjelang 2034. Hingga Oktober 2024, LTAKK telah mencatat jumlah penumpang 6.6 juta, meningkat 13.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2023," katanya.


Justeru jelasnya, projek menaik taraf LTAKK ialah satu komitmen kerajaan dalam memastikan infrastruktur di Sabah bukan sahaja memenuhi keperluan semasa tetapi bersedia menghadapi permintaan masa depan.


"Saya yakin pelaburan ini bukan sahaja akan memberi pulangan kepada MAHB tetapi juga akan membuka pintu peluang dan kemakmuran untuk rakyat Sabah dan negara," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page