top of page

LPP tubuh jawatankuasa khas bantu pesawah terjejas kemarau



Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menangani masalah lebih 10,000 pesawah terjejas akibat cuaca panas


Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata jawatankuasa yang ditubuhkan itu membabitkan Jabatan Pertanian negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi pesawah di empat negeri membabitkan Perak, Kedah, Terengganu dan Kelantan.


"Segala laporan melalui jawatankuasa itu boleh diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk tindakan lanjut bagi membantu pesawah yang terjejas.


"Sebagai contoh di Parlimen Bagan Serai saja, terdapat 2,162 pesawah terjejas membabitkan kira-kira RM7.5 juta kerugian akibat kemarau sejak hujung Jun lalu," katanya dipetik.


Cuaca panas serta kering dijangka melanda negara hingga September depan akan memberi kesan terhadap kawasan pertanian di Perak.


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Selasa memaklumkan, kawasan jelapang padi di daerah Kerian, Perak Tengah dan Hilir Perak seluas 29,241 hektar ialah antara yang dikenal pasti terkesan akibat keadaan cuaca berkenaan.


Sementara itu Mahfuz memaklumkan, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan KPKM bagi memastikan pesawah terjejas diberi bantuan melalui Tabung Bantuan Bencana Tanaman Padi dalam masa terdekat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page