top of page

Lokman Adam lepas hukuman penjara, dikenakan bon kelakuan baik


Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam (gambar, kiri) hari ini dilepaskan daripada hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung kes menghina mahkamah terhadapnya dikaitkan dengan perbicaraan rasuah 1MDB RM2.27 bilion terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak.


Mahkamah Persekutuan dalam sidang yang dipengerusikan oleh Hakim P Nallini selain Hakim Rhodzariah Bujang dan Hakim Abu Bakar Jais membuat keputusan bahawa Lokman dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun.


"Alhamdulillah, Mahkamah Persekutuan hari ini telah membatalkan hukuman penjara sebulan keatas saya atas tuduhan menghina Mahkamah kerana saya membuat laporan polis berhubung pengakuan Dato Amhari bahawa beliau menerima rasuah RM25,000 sebulan daripada Orbs Solution, AS$200,000 dari Jho Low dan menerima hampir RM3.7 juta dalam akaunnya di BSI Swiss.

"Walau bagaimanapun, saya dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan amaran supaya tidak mengulangi tindakan saya," kata Lokman dalam kenyataan.


Sebelum itu Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Media Perpaduan telah membuat permohonan maaf di mahkamah dan berikrar untuk tidak mengulangi perbuatan membuat komen ketika kes mahkamah sedang berjalan yang boleh dianggap perbuatan menghina mahkamah.


"Saya telah memohon maaf tanpa syarat dan berikrar tidak akan membuat sebarang komen ketika mahkamah masih berjalan," katanya lagi.


Lokman turut berkata bahawa selepas ini beliau tidak boleh lagi memberikan komen dalam kes mahkamah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page