top of page

Loji Hidrokuasa Kecil: Selangor-Worldwide Holdings kembang teknologi hasilkan elektrik

Updated: Jan 27



Oleh: Akmal Manaf


Loji Hidrokuasa Kecil di Sungai Batang Kali, Hulu Selangor yang dibangunkan Worldwide Hidro Energy Sdn Bhd, kini sudah siap sepenuhnya iaitu setahun lebih awal daripada jadual asal.


Susulan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan tahniah kepada Worldwide atas keupayaan yang ditunjukkan syarikat itu sepanjang pembinaan loji berkenaan yang bermula pada Disember tahun lalu.


"Kapasiti yang kita rancangkan adalah 5.1 megwatt dan ini secara tidak langsung akan membantu untuk bekalan tenaga yang secukupnya kepada negara.


"Tidak jauh dari sini kita ada Loji Hidrokuasa Kecil Kerling. Di sana terdapat 4.5 megawatt. Jadi kalau ini secara kapasiti penuhnya, kita melihat kepada potensi yang dibangunkan, ia boleh menggerakkan 5.6 megawatt berbanding 5.1 megatwatt.


"Ini bermakna hampir 10 megawatt digerakkan daripada mini hydro," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan loji tersebut di Batang Kali, hari ini.


Amirudin yang juga Ketua Pakatan Harapan (PH) Selangor menyifatkan, pelancaran loji hidrokuasa kecil itu membuktikan kemampuan untuk memimpin usaha dalam menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.


Ujarnya, loji hidrokuasa kecil itu bukan sekadar memperlihatkan kemajuan infrastruktur, tetapi keupayaan dalam menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan inovasi dan pembangunan mampan


"Kejayaan projek ini hanyalah permulaan. Selangor telah bersedia dan sedang meneroka potensi beberapa sungai lain untuk meluaskan kapasiti tenaga hidrokuasa kecil.


"Ini akan mengukuhkan kedudukan kita sebagai peneraju tenaga boleh baharu di Malaysia," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.


Untuk rekod, kawasan Batang Kali yang mana terletaknya loji tersebut merupakan pinggir hutan simpan di Hulu Selangor.


Dengan mengaplikasikan teknologi penjanaan elektrik secara makro maka kerajaan mampu memberi kemudahan kepada kawasan terpencil dan pedalaman untuk mendapat bekalan elektrik sendiri tanpa menyalurkannya daripada grid kebangsaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page