top of page

Loji air Sg Limau tertangguh sejak Julai, kontraktor baharu akan dilantik



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memandang serius dan menzahirkan kebimbangan berkaitan perkembangan projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling, Kedah yang dipercayai tiada kemajuan sejak Julai tahun lalu.


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, dalam lawatan kali ketiga ke tapak itu, pihaknya mendapati semua komponen yang perlu dibina masih belum disiapkan meskipun projek itu bermula pada 2021.


"Ini adalah lawatan kali ketiga saya ke tapak ini, dan agak mengecewakan apabila tidak ada lagi kemajuan kerja.


"Dari tahun lepas lagi kita turun, kita menyedari terdapat kelewatan daripada segi kemajuan kerja.


"Difahamkan, kerja-kerja telah terhenti sejak Julai lalu, maka pihak kementerian memandang serius dalam soal hala tuju yang kita boleh cuba bantu (dengan) keadaan di sana," katanya.


Akmal (berbaju putih) bertanyakan soalan mengenai kelewatan projek LRA Sg Limau

Akmal berkata, kementerian beliau telah membuat keputusan supaya perkhidmatan kontraktor yang terlibat dalam projek LRA Sungai Limau itu dihentikan.


Ketika ini katanya, urusan pentadbiran sedang dilaksanakan untuk memutuskan menamatkan kontraktor lama sebelum pelantikan kontraktor baharu dibuat.


Pada 14 Julai tahun lalu, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelewatan dua projek LRA iaitu di Sungai Limau dan Bukit Selambau bukan perkara yang serius, tidak boleh diterima sama sekali.


Projek tersebut yang dimulakan pada era pemerintahan Kerajaan PN di peringkat Persekutuan dan diserahkan kepada negeri untuk melaksanakannya telah mengalami kelewatan beberapa kali sehingga tarikh siap pada tahun 2023 ditunda dan diberi penambahan masa.

Pihak kontraktor dan Kerajaan Negeri berkata, kelewatan pembinaan projek tersebut disebabkan berlakunya peningkatan harga bahan binaan.


Bagaimanapun, Akmal berhujah loji rawatan air yang dibina di Johor pada tarikh mula projek hampir sama telah berjaya disiapkan lebih awal biarpun menghadapi kenaikan kos dan tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan pada 2021 lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page