top of page

Logo halal: KK Mart perlu bertanggungjawab, baiki mekanisme pembelian stok



Insiden sandwic tidak mempunyai pengesahan sijil halal tetapi diberi logo halal dan dijual di kedai serbaneka KK Mart seharusnya diambil tanggungjawab sepenuhnya oleh kedai serbaneka terbabit.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Marina Ghani, produk makanan halal amat sensitif dalam kalangan orang Islam apatah lagi dengan meletakkan nama kontroversi 'Sandwich Ham & Cheese' yang mana ham itu dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada daging paha babi yang dimasinkan, dikeringkan, atau disalai.


Oleh itu, katanya, KK Mart seharusnya mengambil tanggungjawab lebih besar selepas ini dalam memastikan produk yang dijual benar benar halal.


"Saya menggesa KK Mart mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan setiap produk yang dijual mematuhi prinsip-prinsip halal.


"Saya memetik cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung agar KK MART segera menyemak semula mekanisme pembelian dalaman syarikat, termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pembelian dan mengumumkan keputusan ini kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, beliau mahu pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk membekukan sementara lesen operasi KK Mart sehingga siasatan menyeluruh selesai dijalankan.


Katanya, isu halal dan haram tidak boleh dipandang mudah apatah lagi kedai serbaneka yang sama sebelum ini telah melalui pengalaman dikecam susulan isu penjualan stoking yang bertentangan hukum Islam.


Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar masyarakat bertenang dan tidak menambah parah isu penjualan sandwic berkenaan menjadi isu perkauman atau sebagainya.


"Saya juga ingin tekankan bahawa isu agama adalah sangat sensitif dan tidak wajar dipolitikkan. Keharmonian masyarakat hanya dapat dicapai jika semua pihak mengamalkan sikap saling menghormati.


"Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian negara demi kesejahteraan semua," katanya lagi.


Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan media mengesahkan produk 'ham dan cheese' yang dijual dalam sebuah premis di Universiti Malaya tidak mempunyai sijil halal yang sah dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.


Dalam pada itu, KPDN pula dalam kenyataan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page