top of page

LKIM tambah kuota subsidi diesel nelayan di negeri Perak



Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.


Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, Persatuan Nelayan Kawasan ketika ini sudah mempunyai bekalan stok ikan sejuk beku sebanyak 1,600 metrik tan tidak termasuk bekalan ikan import serta tangkapan ikan lain oleh nelayan.


"Kita (LKIM) telah membuat persiapan rapi sebagai persediaan menghadapi musim perayaan. Insya-Allah dengan bekalan ikan yang cukup, harga (ikan di pasaran) akan distabilkan," katanya dipetik selepas menghadiri Program Madani Anak Nelayan Kembali ke Sekolah LKIM-Petronas di Parit Buntar pada Sabtu.


Pada program tersebut, seramai 130 anak-anak nelayan menerima kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut, beg sekolah dan botol air bernilai RM150 serta bantuan wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang.


Muhammad Faiz sementara itu memaklumkan, LKIM menambah peruntukan kuota subsidi minyak diesel sebanyak sejuta liter kepada nelayan Perak bermula Februari depan.


"Kita tambah (kuota subsidi minyak diesel) di Perak sebab negeri ini mempunyai vesel yang banyak.

"Ini kerana kebergantungan kita adalah kepada tangkapan ikan melalui vesel kelas B dan C yang menggunakan minyak diesel, jadi kita berikan sokongan kepada nelayan Perak untuk menambah bilangan pendaratan ikan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page