top of page

LKIM jamin bekalan ikan mencukupi sepanjang musim monsun



Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan persiapan awal bagi memastikan bekalan ikan di pasaran mencukupi sepanjangan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini hingga Mac 2025.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil, memberi jaminan bekalan mencukupi sepanjang tempoh itu kerana pihaknya sudah menyimpan bekalan penimbal ikan untuk keperluan pasaran.


Sehubungan itu beliau mengingatkan golongan peniaga supaya tidak cuba mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut.


"Kita ada simpanan ikan yang diimport oleh peniaga, malahan di Pantai Barat masih meneruskan aktiviti menangkap ikan. Kita ada stok ikan sejuk beku keseluruhan 1,500 tan di seluruh negara.


"Jadi tidak ada alasan peniaga naikkan harga ikan," katanya dipetik.


Muhammad Faiz sebelumnya hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut, Terengganu pada Rabu.


Sementara itu, sebagai mengulas pembinaan kilang itu beliau berkata, ia bagi menampung permintaan air batu yang tinggi untuk sektor perikanan di daerah Besut.


Melibatkan kos RM3 juta, ia akan dibina dalam masa terdekat dan dijangka siap pada akhir tahun depan.


"Pembinaan kilang air batu ini secara tidak langsung akan meningkatkan pendaratan ikan, khususnya di Kuala Besut kerana sebelum ini ada rungutan daripada nelayan bahawa tidak cukup air batu untuk mendaratkan ikan," jelasnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page