top of page

LKIM beri amaran, batal kelayakan subsidi jika seleweng diesel



Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran akan membatalkan kelayakan subsidi bagi nelayan yang didapati terlibat kegiatan menjual diesel secara haram.


Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata arahan penutupan premis juga akan diambil terhadap mana-mana pusat jualan diesel nelayan yang didapati menjalankan aktiviti penyelewengan.


"Kita akan ambil tindakan segera tutup premis jualan diesel nelayan kalau terlibat ketirisan dan penyelewengan. Tetapi daripada kajian kita, tidak berlaku ketirisan atau jualan ketara di laut seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.


"Kalau ada kes terpencil, sebab kos operasi terbesar nelayan adalah minyak iaitu 60 peratus," katanya dipetik.


Faiz ditemui pemberita selepas menyampaikan peralatan menangkap ikan bernilai RM225,000 kepada 99 nelayan Terengganu pada Program Rahmah Mesra MADANI Bersama Nelayan di Pelabuhan Chendering, di Kuala Terengganu pada Selasa.


Sementara itu jelasnya, LKIM kini menyasarkan untuk membuka lima lagi Kedai Runcit Nelayan termasuk di Kedah dan Selangor pada tahun ini.


Ketika ini jelasnya terdapat 10 premis berkenaan yang diwujudkan bagi membantu golongan nelayan mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya tidak terlalu bergantung kepada aktiviti menangkap ikan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page