top of page

Lima ahli keluarga suspek serangan balai polis ditahan di bawah SOSMA



Lima sekeluarga yang tamat tempoh reman hari ini berkaitan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru minggu lalu ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan semula dibuat susulan siasatan polis mendapati keluarga itu mempunyai ideologi dan fahaman radikal.


"Apabila polis panggil saksi dan jiran keluarga itu, kita dapati keluarga ini mengasingkan diri dan tidak bercampur, selain anak-anak juga tidak tamat persekolahan," katanya dipetik pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau memberitahu sebelum ini polis telah membebaskan dua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tanpa syarat setelah mendapati kedua-duanya tidak mempunyai jaringan dan kaitan dengan mana-mana kumpulan berfahaman radikal.


Dalam kejadian serangan pada pukul 2.54 pagi Jumaat lepas, dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun terkorban dan suspek lelaki berusia 21 tahun mati ditembak manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.


Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam insiden itu manakala Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.


Sabtu lepas tujuh individu dilaporkan direman tujuh hari bagi membantu siasatan serangan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Lima daripada mereka adalah anggota keluarga suspek berusia antara 19 dan 62 tahun yang ditahan sejak Jumaat lepas, manakala dua pelajar IPT yang hadir di balai polis itu sebelum kejadian yang turut ditahan reman dibebaskan tanpa syarat Selasa lepas.


Razarudin berkata, pihaknya akan meningkatkan aspek logistik dan keselamatan dari segi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pencahayaan di balai polis terpencil.


"Kadar kesiapsiagaan anggota di balai-balai akan diperketatkan selain Polis Diraja Malaysia akan menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan anggota," katanya.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page