top of page

Letak jawatan: PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya



Oleh: Abdullah Zaid


Pembangkang dicabar untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri (PM) pada Sidang Dewan Rakyat sesi Oktober ini.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sesuka hati menggesa beliau untuk melepaskan jawatan PM.


"Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia (punya), tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).


"Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan," katanya.


Sokongan reformis tidak pernah pudar kepada PMX

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia MADANI di Stadium Axiata, Bukit Jalil, malam tadi.


Sebelum ini, pemuda Pas menuntut Ahli Parlimen Tambun itu meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti tersebut di Temerloh, minggu lalu.


Pada masa sama, Anwar turut menegur sikap pemimpin Pas supaya mempunyai adab dan akhlak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


"Tak sokong dia (Pas), munafik. Tak sokong dia, dajal. Apabila kita balas terhadap kenyataan mereka, mereka bidas dengan mengatakan ‘jangan lawan tok guru’.


"Saya nak beritahu, kamu ajar tok guru (pemimpin Pas) itu supaya ada adab dan akhlak. Kalau ada adab dan akhlak kita tidak perlu lawan.


"Ramai (lagi) tok guru yang kita sokong dan ramai ustaz yang bersama kita," ujarnya.


Untuk rekod, Muktamar Dewan Pemuda Pas baru baru ini meluluskan usul agar PM meletak jawatan sebagai gimik politik dalam persidangan tersebut.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page