top of page

Lepaskan Pulau Batu Puteh pengkhianatan rugikan negara - Mustapa Mansur



Isu Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan Singapura dalam penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kemudian dilepaskan kesempatan untuk menyemak keputusan itu oleh Perdana Menteri ke 7, Tun Mahathir Mohamad merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia.


Bagi Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, rakyat Malaysia perlu membuat laporan polis selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mendapati bekas PM Tun Mahathir telah membuat keputusan tidak meneruskan semakan penghakiman tanpa melalui keputusan Kabinet dan merupakan suatu salah laku serius.


Katanya, biarpun Tun pernah berkata Pulau Batu Puteh itu diumpamakan sebesar meja dalam kenyataannya pada 2022 namun sempadan laut yang mengitari pulau berkenaan boleh dituntut sehingga ke dalam wilayah Malaysia.


"Tengok apa kata Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Undang Undang Laut 1982. Iaitu hak sesebuah negara terhadap sesebuah pulau ditentukan berdasarkan ciri ciri pulau tersebut.


"Saya bingung bila dengar mantan PM beritahu rakyat Malaysia (saiz pulau) 'setengah meja', apakah dia bercakap dalam keadaan sedar atau tidak?


"Bila kita periksa apa maksud pulau itu menurut Artikel 121 United Nations Convention on the Law of the Sea, sebuah pulau ialah tanah yang terbentuk secara semula jadi dikelilingi air dan berada di atas paras air semasa air pasang. Selagi ada tanah itulah pulau.


"Kedua, ada implikasi zon maritim pulau. Negara yang memiliki pulau berhak menuntut - maknanya Singapura - boleh tuntut zon laut wilayah sejauh 12 batu nautika atau 22.2 km dari garis pangkal pulau. Selebih dari itu adalah perairan antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkaitan isu Batu Puteh di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi.


Selain sempadan laut, kata Mustapa, pulau juga mempunyai zon ekonomi eksklusif atas pelantar benua sehingga 200 batu nautika atau lebih, jika syarat geologi dipenuhi, atau mempunyai potensi ekonomi.


Oleh itu, katanya, dapatan RCI tersebut perlu disiasat oleh polis kerana mengakibatkan kerugian kepada generasi seterusnya.


"Kenapa kami datang buat laporan polis? Cuba bayangkan anak cucu kita.... kalau semua perangai pemimpin macam ini, apa yang tinggal kepada rakyat Malaysia 20 tahun akan datang?" tanyanya.


Untuk kes Batu Puteh yang tidak layak dihuni, tambah Mustapa, negara yang memiliki pulau hanya berhak ke atas wilayah laut 12 batu nautika, bagaimanapun keluasan itu dikhuatiri telah memasuki wilayah Johor.


Sehubungan itu, ujar Mustapa, rakyat jangan diperbodohkan oleh pemimpin berkenaan sebagaimana 30 tahun lalu mereka diperdaya kerana kurang faham hak kedaulatan negara.


"Kita beritahu kepada mereka (pemimpin), terutama Tun. Kita hormat dia sebagai bekas PM tetapi sekiranya dia melakukan kesalahan maka perlu dibawa ke pihak polis dan mahkamah. Sekiranya Peguam Negara meneruskan pendakwaan maka jawablah di mahkamah," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page