top of page

Lepasan SPM: Yayasan Peneraju tawar ceburi bidang perakaunan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 2 min read


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyarankan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempertimbangkan kerjaya sebagai akauntan bertauliah sebagai pilihan utama bagi menyambung pengajian.


Beliau berkata kerjaya dalam bidang perakaunan profesional menawarkan masa depan yang cerah dan stabil selain tidak memerlukan latar belakang akademik subjek perakaunan di peringkat sekolah.


"Saya sendiri daripada aliran Sains Tulen, Saya sambung ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Tetapi habis sahaja universiti, saya kerja sebagai auditor dan akauntan bertauliah. Macam mana pula kan?


"Sebab kerjaya akauntan tidak memerlukan kita belajar subjek Akaun di sekolah atau universiti.


"Untuk menjadi akauntan bertauliah, pelajar hanya perlu lulus peperiksaan yang diiktiraf dari institusi seperti Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)," katanya di Facebook pada Khamis.

Sementara itu menurutnya, Yayasan Peneraju – sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang ditugaskan melahirkan profesional Bumiputera – akan meningkatkan jumlah pengambilan pelajar lepasan SPM untuk menjadi akauntan bertauliah.


Bermula tahun ini, pengambilan pelajar ditingkatkan daripada 500 kepada 1,500 orang.


"Pelajar yang terpilih akan diberi pembiayaan mengikut kesesuaian dan ditempatkan di kolej-kolej profesional seperti Sunway University, INTEC Shah Alam dan Tymba," kata Ahli Parlimen Pandan itu.


Sehubungan itu katanya, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan menceburi bidang itu secara dalam talian menerusi laman web rasmi Yayasan Peneraju di https://peneraju.org.


Pelajar dan ibu juga boleh hadir ke sesi taklimat dan temuduga di bandar-bandar terpilih antaranya pada 27 April bertempat di Shah Alam (Auditorium MBSA), 10 Mei di Port Dickson, Ipoh, Kuantan dan Kuching, 11 Mei di Mukah, Betong, Muar dan Sungai Petani, 17 Mei di Kuala Terengganu, Sandakan dan Tawau serta 18 Mei di Tuaran.


"Antara keputusan terbaik saya pernah buat ialah menjadi akauntan bertauliah di bawah ICAEW. Saya harap lebih ramai yang memilih jalan ini," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page