top of page

Lembah Pantai parlimen pertama anjur program Majlis Tindakan Pembangunan



Parlimen Lembah Pantai hari ini mencatat sejarah sebagai parlimen pertama di Wilayah Persekutuan menganjurkan program Majlis Tindakan Pembangunan.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Majlis Tindakan Pembangunan adalah satu platform bagi penduduk berkongsi masalah mereka bersama Ahli Parlimen dan jabatan kerajaan.


Katanya, banyak perkara boleh berjalan lancar dengan permuafakatan sedemikian.


"Pagi tadi kita lancarkan program gotong royong merdeka dan salah satu perkara yang ditegaskan dalam program ialah Kuala Lumpur (KL) harus menjadi bandar raya ke arah zero waste.


"Ini bermaksud kita mengasingkan sisa di sumber. Kalau di rumah kita asingkan pepejal yang boleh dikitar semula, tidak boleh dikitar semula atau boleh dikompos. Ini adalah hasrat Datuk Bandar KL.


"Objektifnya adalah KL yang bersih, bukan hanya dari segi persekitarannya tetapi kita berubah minda mengenai beberapa perkara, supaya pembangunan lebih bersih, perancangan bandar juga bersih," katanya dalam sidang media petang tadi di Lembah Pantai.


Tambah Fahmi, semua perkara yang disampaikan penduduk dalam Majlis Tindakan Pembangunan akan dipanjangkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memastikan pembangunan di Lembah Pantai adalah mapan dan lestari dari segi alam sekitar.


Misalnya, kata beliau, baru baru ini sebuah program dianjurkan bersama NGO, free tree society yang berpengkalan di Bangsar untuk tingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pokok tempatan dan perlunya warga Kuala Lumpur berusaha untuk lebih memberikan fokus menanam pokok seperti spesis ara, taban, tempinis, cenderan yang namanya juga digunakan sebagai nama jalan berhampiran Lucky Garden, Bangsar.


"Kita menanam pokok tempatan yang boleh mengembalikan (habitat) burung dan beberapa jenis serangga yang akan menambahkan kekayaan eko sistem di sesuatu tempat


"Pada tahun 2019 bersama Jabatan Lanskap DBKL kita telah berjaya menanam 200 pokok spesis tempatan di sepanjang jalan dan masih hidup kebanyakannya hari ini.


"Di bulatan Lucky Garden kita telah minta pokok yang namanya digunakan untuk jalan sekitar Lucky Garden itu ditanam di bulatan. Malang tanah tak berapa subur, jadi ada yang hidup dan ada tidak berjaya tumbuh.


"Bagi ramai warga Lembah Pantai kita nak satu suasana lebih selesa, pembangunan kita tak tolak tetapi juga alam sekitar yang selesa untuk kita," katanya lagi.


Justeru, beliau berharap mesyuarat tersebut akan diadakan beberapa kali dalam setahun bagi mencari titik temu menyelesaikan pelbagai isu antara rakyat dan pihak berkuasa di Kuala Lumpur.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page