top of page

Lelongan Kredit Karbon: Syarikat korporat Malaysia perlu rebut peluang



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyambut baik lelongan Kredit Karbon melalui Bursa Carbon Exchange (BCX) yang diadakan pada esok.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata lelongan berkenaan merupakan satu peristiwa bersejarah memandangkan ia merupakan kredit karbon keluaran Malaysia yang pertama dilelong di bawah BCX.


"Projek ini telah dinilai dan diiktiraf sebagai kredit karbon ex-ante yang tinggi (dengan penilaian "Ae") oleh syarikat penilaian antarabangsa, BeZero.


"Lelongan ini juga bertujuan untuk membantu mengenalpasti harga pasaran bagi kredit karbon yang dijana di Malaysia, serta sebagai isyarat harga yang jelas untuk bakal pemaju projek yang ingin terlibat dalam inisiatif kredit karbon hutan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru kepada pihak korporat untuk menyertai lelongan kredit karbon berkenaan sekali gus dapat meningkatkan projek-projek karbon tempatan.


"Melalui lelongan ini, penyertaan badan korporat untuk melabur dalam kredit karbon merupakan satu langkah yang kukuh dalam merealisasikan aspirasi nasional untuk memupuk kerjasama awam-swasta bagi menangani isu perubahan iklim.


"Dengan melabur dalam kredit karbon, badan-badan korporat bukan sahaja memperkasakan lagi jenama masing-masing, malahan ia juga mencerminkan golongan korporat sebagai peneraju di dalam pasaran karbon negara di samping menjamin masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang," ujarnnya.


Tambah kenyataan itu, bagi pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam lelongan tersebut. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di pautan https://bcx.bursamalaysia.com/web/auctiondetails2.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page