top of page

Lelaki dipenjara 6 bulan, muat naik hantaran palsu berkaitan 3R



Oleh: Azuan Ab Rahman


Seorang individu dipenjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 yang dikenakan terhadapnya.


Tertuduh, Johari Ismail, 67 disabitkan dengan kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.


Dipetik laporan media, individu itu didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu yang diletakkan untuk tontonan umum, mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Facebook Johari Ismail, dengan niat menyakiti hati orang lain.


Sementara itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, Mahkamah Sesyen Sepang mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].


"Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.


"Kesalahan itu dilakukan individu berkenaan pada 8 Februari 2025 menerusi laman aplikasi Facebook miliknya," kata kenyataan itu.


Susulan itu tertuduh akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman terhadapnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page