top of page

Lebuh Raya Pesisir Utara: MPN Sarawak cadang kajian bajet elak pembaziran



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak menyokong hasrat Kerajaan Negeri melaksana projek Rangkaian Lebuh Raya Pesisir Utara bagi memudahkan jaringan jalan raya di negeri itu.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak Roland Engan, Kerajaan Sarawak masih belum memperincikan pakej pembangunan jalan raya yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas.


"Walaupun Kerajaan Sarawak telah menubuhkan pelbagai agensi pembangunan di bawah RECODA (Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah) dan SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak) namun perincian pembangunan jalan raya masih belum dilaksanakan dengan memuaskan.


"Ia mungkin disebabkan oleh kekurangan pakej yang sistematik pada pembangunan jalan raya ke luar bandar," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu katanya, KEADILAN Sarawak mencadangkan agar semua rancangan projek mega itu dikaji semula oleh Kerajaan Sarawak supaya dana pembangunan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.


Menurut Roland, langkah itu sekali gus dapat memberi limpahan manfaat dan peluang ekonomi yang lebih besar kepada masyarakat luar bandar.


"Langkah ini dapat menjadi pemangkin pembangunan kepada masyarakat luar bandar termasuk peluang pelancongan, akuakultur dan industri karbon selaras dengan Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani)," ujarnya lagi.


Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang dibiayai sendiri kerajaan Sarawak akan bermula pada tahun hadapan.


Jelasnya, projek lebuh raya bernilai RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong bagi menghubungkan jaringan di kawasan utara Sarawak terutamanya di kawasan Limbang dan Lawas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page